24 tahun jadi pendatang haram di Kemboja

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) — “Syukur alhamdulillah, semuanya berlaku kerana kuasa Allah,” itulah kata-kata Mohd Zulkifli Jefri sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira 11.30 pagi tadi dari Kuala Lumpur. Mohd Zulkifli, 54, yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Kemboja selama 24 tahun kerana ketiadaan dokumen perjalanan, disambut oleh empat…

Pintu rundingan dengan PAS masih terbuka – Azmin

PETALING JAYA, 19 Mei (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian terbuka dalam mengadakan sebarang pertemuan dengan PAS bagi membincangkan kemelut yang melanda hubungan mereka. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya sedia maklum mengenai keputusan PAS menamatkan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR. “Kami akan aturkan pertemuan dengan PAS dalam masa terdekat dan kami sedang…

Perceraian PAS-PKR panaskan suhu politik Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — ‘Perceraian politik’ di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)  akan menjadikan gelanggang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menyaksikan pertandingan yang lebih rancak  bagi merebut sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di kalangan semua parti politik,  kata penganalisis politik tempatan. Mereka berpendapat keputusan PAS kelmarin, untuk memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR yang terjalin sejak pilihan raya umum ke-11 itu, menyemarakkan lagi arena politik negara yang kini…

Guan Eng mahu cabar keputusan lucut jawatan ADUN Pujut

GEORGE TOWN, 13 Mei (Bernama) — Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari DAP semalam. Beliau berkata tindakan itu berbau politik. Katanya Mahkamah Pilihan Raya tahun lepas telah menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN Pujut yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong yang mendakwa…

Susahnya miliki rumah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) — Sejak sekian lama, penduduk Pulau Pinang dibelenggu kesukaran untuk memiliki rumah. Mereka mendapati rumah di negeri ini semakin mahal untuk dibeli atau menyewa sementara projek perumahan mampu milik pula sukar dimiliki. Untuk membeli rumah, bakal pembeli perlu menunggu dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Kriteria itu ialah…

Priyanka Chopra in the list of highest paid television actresses in the world

NEW YORK, Sept 15 (Bernama) — Priyanka Chopra has become the first Indian star to enter the Forbes list of highest paid television actresses in the world, after starring on American series “Quantico”. The Press Trust of India (PTI) reports that Priyanka ranks eighth in the coveted list, which has retained American actress Sofia Vergara…

Kos tinggi dan tempoh masa lama pulih tanah bauksit

KUANTAN — Proses memulihkan tanah perlombongan bauksit untuk pertanian memerlukan kerja yang banyak dan kos yang tinggi, selain tidak menjanjikan pulangan hasil yang sama seperti sebelumnya. Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Jalani Sukaimi berkata tanah berkenaan perlu dikambus semula dengan tanah yang subur memandangkan ‘tanah atas’ iaitu bahagian atas tanah asal, telah dikorek semasa perlombongan mineral itu. Selepas proses itu, katanya baharulah tanah itu boleh ditanam semula dengan pokok-pokok lain, namun dalam masa yang sama tanaman penutup seperti kekacang juga perlu ada bertujuan mengikat struktur tanah dan memberi baja kepadanya. “Jika peneroka terlibat masih mahu menanam sawit juga boleh, tetapi ia perlu dirawat dahulu dan tanah antara pokok juga perlu ditanam dengan tanaman penutup bumi, selain perlu dipastikan mendapat air secukupnya. “Pokok sawit di tanah yang subur memerlukan tempoh selama 30 bulan sebelum boleh dikutip hasilnya. Jadi untuk tanah yang sudah diganggu sifatnya, tempoh untuk berbuah mengambil masa yang lebih lama,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini. Menurutnya, hasil tanaman yang dituai juga mungkin lebih kurang dan tidak sama kualitinya. Sehubungan itu, Jalani berkata pemilik tanah yang terlibat perlu mencari alternatif tanaman lain untuk ditanam di tanah mereka dan antara spesis pokok yang didapati sesuai ialah tanaman hutan. Ketua Unit Ladang Fakulti Pertanian dan Bioteknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Dr Mohd Noor Ghani bersetuju bahawa tanah perlombongan bauksit boleh dipulihkan, namun memerlukan jangka masa yang agak panjang sebelum boleh ditanam semula. Justeru, beliau berpandangan tanah itu perlu dipulihkan segera bagi menjamin kesinambungan pendapatan peneroka terlibat untuk jangka masa panjang, memandangkan keuntungan hasil bauksit hanya bersifat sementara. Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Jabatan Kejuruteraaan Geoteknik dan Infrastruktur Fakulti Kejuteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan berkata bekas tanah lombong bauksit bakal menjadi tanah gersang. Ini kerana kawasan perlombongan mineral itu tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian mahupun penempatan berikutan sifat tanahnya yang telah diganggu. Untuk pertanian, ia tidak boleh digunakan dalam tempoh terdekat memandangkan tanah itu tidak lagi subur dan proses pemulihan untuk mengembalikan galian atau zat mengambil masa lama. Manakala bagi tujuan perumahan, Muzamir berkata ia turut memerlukan jangka masa panjang untuk membolehkan struktur tanah di kawasan berkenaan kembali kukuh dan benar-benar padat sebelum ia boleh dilakukan. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaran Bertindak Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Abdul Manaf sebelum ini dilaporkan berkata seramai 248 peneroka daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh, di sini terlibat dengan perlombongan bauksit, melibatkan kawasan seluas 80.9 hektar. Sehubungan itu, beliau berharap supaya kerajaan negeri melibatkan penyertaan anggota jawatankuasa dilibatkan dalam penambahbaikan prosedur operasi standard bagi menangani isu perlombongan bauksit. — BERNAMA

Pengambilan pekerja asing ditangguh – Ahmad Zahid

SAMARAHAN — Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori. Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara. “Pekerja asing yang tidak ada dokumen  atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap (dan) dihantar pulang ke negara asal,” katanya semasa mengumumkan perkara itu pada majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini. Menurutnya selaras dengan hasrat itu, tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan secara besar-besaran dalam negara. Ahmad Zahid berkata adalah diharapkan rakyat khususnya kumpulan belia akan menyahut seruan kerajaan untuk mengambil alih tempat pekerja asing dan menjadi sumber tenaga kerja utama negara untuk melengkapkan pembangunan ekonomi negara. “Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki pihak industri,” katanya. Lebih 1,000 anggota tentera menghadiri program ramah mesra itu, yang merupakan program pertama Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini. Esok, Timbalan Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis bersempena sambutan Hari Penjara di Padang Merdeka, Kuching, sebelum mengakhiri lawatan. — BERNAMA

Pensyarah UM dibebaskan dari tuduhan menghasut

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut berhubung krisis politik di Perak, dua tahun lepas. Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan itu terhadap Azmi, 46, selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Azmi. Hari ini ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan. “Selepas meneliti permohonan pendakwaan dan hujahan peguam bela, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan,” kata Hakim Amernudin. Terdahulu, Ezrene memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak lagi berniat meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh. “Saya menerima arahan setakat ini pihak pendakwaan tidak lagi berniat meneruskan pendakwaan, mohon kes dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap tertuduh,” katanya. Gobind bagaimanapun berkata anak guamnya itu sepatutnya dilepas dan dibebaskan dengan mengambil kira kes berkenaan berlanjutan sejak 2014, dan peguam negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi pada 12 Feb lepas. Katanya kenyataan peguam negara itu juga jelas menunjukkan bahawa tidak ada sebab atau keperluan untuk kes itu diteruskan. “Kes ini bukan satu kes yang baharu kerana ia bermula sejak 2014 dan telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan,” katanya, sambil memberitahu ia telah dibicarakan dan semua saksi pendakwaan telah memberi keterangan. Pada 14 Jan lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes selepas mengemukakan empat saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi. Azmi didakwa atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’. Dia didakwa menyatakan perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014. Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga telah didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama. Pada 6 Okt tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta Hasutan. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 12 Feb lalu mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi selepas menggugurkan pertuduhan hasutan terhadapnya. Keputusan itu dibuat selepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di mahkamah dan tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan pernah dilakukan terhadap kes Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim sebelum ini. — BERNAMA

Bahulu bentuk kemaluan lelaki punya pasal

MIRI – Seorang ahli perniagaan pada Khamis membuat laporan polis mendakwa dimalukan selepas gambar selfie bersama baharu berbentuk zakar menjadi viral di media sosial. Faridah Ulis, 45, berkata dia kesal apabila gambar yang dimuat naik untuk tontonan pengikutnya di Facebook disebarkan tanpa kebenaran hingga menjadi viral. Dia yang juga dikenali sebagai Mamadot membuat laporan itu di…

PN batal pertemuan dengan panel SPRM

PETALING JAYA – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membatalkan pertemuan beliau dengan dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian menurut sumber. Seorang ahli panel itu mengesahkan bahawa Mohamed Apandi telah membatalkan mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3 petang Khamis di Jabatan Peguam Negara. Alasan bagi pembatalan itu tidak diketahui. Sumber itu berkata,…

Pelaburan TH dalam FGV terjamin

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan pelaburannya dalam saham Felda Global Venture Berhad (FGV) adalah pelaburan strategik jangka panjang di dalam salah satu sektor pelaburan terasnya. TH berkata, pasaran harga komoditi minyak sawit dunia telah mencatat penurunan yang drastik. “Ini menyebabkan syarikat berasaskan komoditi terjejas secara langsung dan memberi kesan negatif kepada kaunter-kaunter…